Akar keladi melilit selasih,
Selasih tumbuh di hujung taman,
Kalungan budi junjungan kasih,
Mesra kenangan sepanjang zaman.
Ambil galah jolok ramunia,
Kait mari sampai berdiri,
Kita hidup atas dunia,
Buat baik taburkan budi.
Ambilkan saya buah delima,
Masak sebiji di balik daun,
Budi tuan saya terima,
Jadi kenangan bertahun-tahun.
Anak dara berkain cukin,
Dari daik bulan puasa,
Tidak kira kaya miskin,
Asalkan baik budi bahasa.
Maksud/tema
Berkaitan dengan kepentingan budi, jasa, kesopanan tutur
kata, dan tingkah laku dalam kehidupan manusia.
Rangkap 1
Seseorang yang menerima budi dan jasa baik seseorang akan
sentiasa mengenangnya sepanjang masa
Rangkap 2
Semasa hidup di dunia, manusia digalakkan berbuat baik, banyak
menabur budi dan jasa kerana manusia akan dihormati sewaktu hidup dan dikenang
sesudah mati.
Rangkap 3
Budi baik yang diberikan kepada seseorang akan sentiasa
diingat, dikenang dan dihargai sepanjang masa.
Rangkap 4
Masyarakat melayu sangat menyanjung nilai budi bahasa, iaitu
kesopanan mengatasi soal kebendaan, kekayaan atau kemiskinan seseorang.
Aswinih a/p Mahaletchumy Naidu
(Mc1502dc8315)
Mogana Priya a/p Letchumanan
(Mc1502dc8401)
Aswinih a/p Mahaletchumy Naidu
(Mc1502dc8315)
Mogana Priya a/p Letchumanan
(Mc1502dc8401)
Gaya bahasa?
ReplyDeleteMGM Resorts International's $20B casino in Colorado gets $20B
ReplyDeleteMGM Resorts International's $20B 대전광역 출장샵 casino in Colorado gets 여수 출장마사지 $20B in The company expects to sell 김천 출장마사지 $200 million in 광양 출장안마 cash this summer to the 김포 출장마사지