Thursday, 21 May 2015

PANTUN EMPAT KERAT-BUDI

Akar keladi melilit selasih,
Selasih tumbuh di hujung taman,
Kalungan budi junjungan kasih,
Mesra kenangan sepanjang zaman.

Ambil galah jolok ramunia,
Kait mari sampai berdiri,
Kita hidup atas dunia,
Buat baik taburkan budi.

Ambilkan saya buah delima,
Masak sebiji di balik daun,
Budi tuan saya terima,
Jadi kenangan bertahun-tahun.

Anak dara berkain cukin,
Dari daik bulan puasa,
Tidak kira kaya miskin,

Asalkan baik budi bahasa.

Maksud/tema
Berkaitan dengan kepentingan budi, jasa, kesopanan tutur kata, dan tingkah laku dalam kehidupan manusia.

Rangkap 1
Seseorang yang menerima budi dan jasa baik seseorang akan sentiasa mengenangnya sepanjang masa

Rangkap 2
Semasa hidup di dunia, manusia digalakkan berbuat baik, banyak menabur budi dan jasa kerana manusia akan dihormati sewaktu hidup dan dikenang sesudah mati.

Rangkap 3
Budi baik yang diberikan kepada seseorang akan sentiasa diingat, dikenang dan dihargai sepanjang masa.

Rangkap 4
Masyarakat melayu sangat menyanjung nilai budi bahasa, iaitu kesopanan mengatasi soal kebendaan, kekayaan atau kemiskinan seseorang.


Aswinih a/p Mahaletchumy Naidu
(Mc1502dc8315)
Mogana Priya a/p Letchumanan
(Mc1502dc8401)

PANTUN EMPAT KERAT -ADAT DAN ETIKA

Anak cina bertimbang madat
Dari Mekasar langsung ke Deli,
Hidup di dunia biar beradat,
Bahasa tidak terjual beli.

Apalah tanda batang putat,
Batang putat bersegi buahnya,
Apalah tanda orang beradat,
Orang beradat tinggi maruahnya.

Batu kucubung warna unggu,
Ditatah berlian batu bermutu,
Adat melayu menyambut tetamu,
Hamparkan tikar lebarkan pintu.

Daun sireh sudah disusun,
Siap dengan gambir dan kapur,
Adat semang pulang ke dusun,

Adat belut pulang ke lumpur.

Maksud pantun/ tema
Bertemakan kemanusiaan dan kemasyarakatan yang berkaitan dengan adat dan etika. Untuk mencapai kehidupan yang baik, manusia perlu mengikut aturan hidup yang ditetapkan dan diterima umum oleh ahli masyarakat sebagai sebahagian peraturan, adat, dan etika kehidupan.

Rangkap 1
Maksudnya cara berbahasa seseorang mencerminkn nilai dirinya. Seseorang yang bercakap dengan sopan dan santun di anggap sebagai berbudi bahasa.

Rangkap 2
Maksudnya tingkah laku mencerminkan maruah diri seseorang. Orang yang pandai menjaga tingkah lakunya dipandang tinggi dan bermaruah.

Rangkap 3
Maksudnya bagi orang melayu, meraka mengalu alukan tetamu yang datang berkunjung ke rumah
Dengan membentangkan tikar baru untuk alas duduk tetamu dan membukakan pintu rumah serta menjemput tetamu masuk. Lambing memuliakan tetamu.

Rangkap 4
Walau kemana sekalipun anak dagang merantau, akhirnya akan kembali semula ke tempat asal. Lamabang tidak melupakan asal usul.


PANTUN ENAM KERAT

PANTUN ENAM KERAT

Ular tedung jangan dipermudah,
Biasanya dapat membawa maut,
Jika tidak maut merana juga;
Berhujan panas aku tak endah,
Keris lembing aku tak takut,
Kehendak hati kuturut juga.

Kuda liar berkeliling kota,
Kota terbuat dari kayu,
Tempat berkawal lasykar Feringgi;
Kami mendengar khabar angin,
Bunga kembang sudah pun layu,
Gugur ke bumi tidak harum lagi.

Penakik pisau raut,
Ambil galah sebatang lintabung,
Seludung dijadikan nyiru;
Setitik dijadikan laut,
Sekepal dijadikan gunung,
Alam terbentang dijadikan guru.

Sultan Muda dari Lampung,
Memikul cangkul dengan bajak,
Singgah minum di lepau nasi;
Sudah sekah tempat bergantung,
Telah patah tempat berpijak,
Ke mana hendak digapai lagi.



MAKSUD PANTUN 6 KERAT

Rangkap Pertama : Hujan, panas, atau ancaman keris dan lembing tidak dihirau-kan asalkan dapat memenuhi hajat di hati.

Rangkap Kedua : Bunga yang sudah layu dan gugur ke bumi akan hilang harumnya; dianggap tidak berguna lagi. 

Rangap Ketiga: Sesuatu yang sedikit dijadikan banyak; alam pula dijadikan sumber ilmu.

Rangkap Keempat: Tempat bergantung hidup telah tiada; tidak tahu ke mana hendak mengadu.

BENTUK PANTUN

1. Pantun enam kerat ini terdiri daripada empat rangkap.
2. Bilangan baris dalam setiap rangkap adalah sama, iaitu enam baris serangkap.
3. Bilangan kata dalam setiap baris tidak sama, iaitu antara tiga hingga enam patah kata sebaris.
4. Bilangan suku kata dalam setiap baris pun tidak sama, iaitu antara lapan hingga sebelas suku kata.
5. Rima akhir pantun ialah abcabc.

GAYA BAHASA

1. Pemilihan katanya indah dan baris yang dibentuk adalah puitis.
Contohnya :
penakik pisau raut
setitik dijadikan laut.

2. Penggunaan bahasa kiasan.
Contohnya, Telah patah tempat berpijak.
Dalam contoh di atas, telah patah maksudnya telah hilang atau telah tiada, sementara tempat berpijak maksudnya tempat seseorang bergantung harapan.

3. Perlambangan.
Contohnya, keris lembing
(pelbagai dugaan atau cabaran) (R1 B5), dan
Alam terbentang dijadikan guru
(Kejadian alam boleh dijadikan renungan dan memberi teladan dalam kehidupan) (R3 B6).

4. Sinkof. Contohnya, Berhujan berpanas aku tak endah (R1 B4) dan Keris lembing aku tak takut (R1 B5).

5. Imejan.
Contohnya, imej alam seperti bumi, gunung, laut, dan alam.

6. Unsur bunyi :
(a) Asonansi (pengulangan bunyi vokal).
Contohnya, Jika tak maut merana juga;
Dalam contoh ini, terdapat pengulangan bunyi vokal a sebanyak enam kali.
(b) Aliterasi (pengulangan bunyi konsonan).
Contohnya, Telah patah tempat berpijak,
Dalam contoh ini, terdapat pengulangan bunyi konsonan t sebanyak empat kali.

NILAI MURNI

1. Berani.
Contohnya, berani menempuh segala dugaan untuk mencapai cita-cita.


2. Kerajinan / Gigih.
Kita perlu rajin dan berusaha dengan gigih untuk mencapai cita-cita.


3. Berdikari.
Contohnya, terpaksa berusaha sendiri setelah hilang tempat bergantung.


4.Kesederhanaan.
Bersikap sederhana dalam tingkah laku dan jangan meninggi diri.


5.Rasional.
Berfikiran matang dalam bertindak.


PENGAJARAN PANTUN ENAM KERAT

1. Kita hendaklah rajin berusaha kerana bukan mudah untuk mencapai cita-cita. Banyak dugaan dan halangan yang perlu ditempuh dengan semangat yang tinggi.

2. Kita hendaklah bersikap sederhana kerana keindahan sesuatu hanya sementara sahaja. Oleh itu, janganlah meninggi diri dengan keistimewaan yang dimiliki kerana perkara tersebut tidak akan berkekalan.

3. Kita hendaklah peka dan merenung kejadian alam kerana akan memberi pelbagai pengajaran setelah dibuat perbandingan. Berfikirlah semasak-masaknya sebelum melakukan sesuatu.

4. Kita hendaklah bersikap rasional walaupun kehilangan orang yang dikasihi atau menjadi tempat bergantung hidup menjadikan kita kehilangan punca untuk terus menempuh kehidupan.Hadapilah segala dugaan dengan tabah kerana sepanjang kehidupan ini sememangnya dipenuhi cabaran.

5. Kita hendaklah berani menghadapi cabaran dalam usaha mencapai cita-cita.

6. Kita hendaklah berhati-hati sebelum terlambat.

7. Janganlah kita mudah berasa kecewa atau berputus asa dalam menghadapi dugaan hidu

PANTUN EMPAT KARAT - DAGANG

Tanam delima ditengah padang,
Raja berarak dari asahan,
Terimalah saya anaknya dagang,
Dating dengan kain basahan.

Buah langsat gendong di kain,
Pokok rendang bergantung-gantung,
Bukan dagang datang bermain,
Dagang datang mencari untung.

Kedidi di pasir gosong,
Anak Murai putih dadanya,
Tarik nafas kenangkan untung,
Jatuh berderai air matanya.

Ada anjung tingkapnya empat,
satu pintu hadap ke laut,
anak dagang datang mencari tempat,
sebagai ajal ditunda maut.

Sengkalang kayu sengkawang,
Ketiga dengan kayu kelat,
Dagang saya sudah terbuang,
Sebagai ikan di luar belat.

Anwar Ridhwan ( penelenggara )
Hati Mesra Pantun Melayu Sebelum 1914,2004
Dewan Bahasa dan Pustaka

Maksud pantun/ tema
Bertemakan kemanusiaan dan kemasyarakatan yang berkaitan dengan adat dan etika. Untuk mencapai kehidupan yang baik, manusia perlu mengikut aturan hidup yang ditetapkan dan diterima umum oleh ahli masyarakat sebagai sebahagian peraturan, adat, dan etika kehidupan.

Rangkap 1
Maksudnya cara berbahasa seseorang mencerminkn nilai dirinya. Seseorang yang bercakap dengan sopan dan santun di anggap sebagai berbudi bahasa.

Rangkap 2
Maksudnya tingkah laku mencerminkan maruah diri seseorang. Orang yang pandai menjaga tingkah lakunya dipandang tinggi dan bermaruah.

Rangkap 3
Maksudnya bagi orang melayu, meraka mengalu alukan tetamu yang datang berkunjung ke rumah
Dengan membentangkan tikar baru untuk alas duduk tetamu dan membukakan pintu rumah serta menjemput tetamu masuk. Lambing memuliakan tetamu.

Rangkap 4
Walau kemana sekalipun anak dagang merantau, akhirnya akan kembali semula ke tempat asal. Lamabang tidak melupakan asal usul.

Wednesday, 20 May 2015

PANTUN DUA KERAT (NASIHAT)

Terima kasih daun keladi,
Kalau boleh hendak lagi.  

Ikan siakap ikan sembilang ikan senohong,
Banyak cakap banyak bohong.

Pecah kaca pecah gelas,
Sudah baca harap balas.

Emas perak tembaga suasa,
Malas bergerak tidak merasa.

Pagi petang siang malam,
Hati terang senang faham.

Kumbang  jarak kumbang jagung,
Berani buat berani tanggung.

Tunggu durian Teluk Emas ,
Siapa kemudian kena kemas.

Buah cempedak dalam gantang,
Siapa hendak dia datang.

Periuk belanga pasu kuali,
Busuk nama menipu mencuri.

Saya kata itik awak kata ayam,
Sudah kena jentik baru nak diam.

Maksud pantun


Rangkap 1 :  Seseorang yang berharap mendapat sesuatu pemberian lagi jika diberi peluang.
Rangkap 2 : Seseorang yang banyak berkata-kata akan membuat banyak kesilapan.
Rangkap 3 : Seseorang yang berharap mendapat balas surat yang diutusi.
Rangkap 4 : Seseorang yang malas berusaha akan rugi.
Rangkap 5 : Seseorang yang yang cerdas akan mudah faham apa yang dipelajari.
Rangkap 6 : Seseorang perlu bertanggungjawab atas perbuatan yang dilakukan.
Rangkap 7 : Sesiapa yang terakhir perlu memgemaskan sesuatu.
Rangkap 8 : Sesiapa yang berkehendak sesuatu perlulah berusaha.
Rangkap 9 : Seseorang yang menipu dan mencuri namanya akan tercemar.
Rangkap 10 : Seseorang akan berhenti membuat kesalahan setelah ditegur

(Mc1502dc8315)
Aswinih a/p Mahaletchumy Naidu